Search This Blog

Loading...

Wednesday, 27 July 2011

pesan cikgu

Friday, 15 July 2011

Taraf Sijil STPM

Setiap subjek lulus prinsipal akan dapat taraf Advanced Level (setaraf A-Level) Cambridge, UK, Taraf A-Level ni sangat tinggi, diploma belum bertaraf A-Level , STPM ada.
Berdasarkan pengalaman taraf soalannya sama kualiti dengan soalan peperiksaan luar negara Cambridge GCE A-Level.
Di luar negara STPM digelar Senior Cambridge atau High School Certificate(HSC), High School Diploma di US.
STPM ni sebenarnya peperiksaan University Cambridge kemudian diadakan di IPTA kita.
STPM laku di luar negara boleh cari makan dan lanjutkan pelajaran terkenal seluruh dunia. Kelayakan STPM bertaraf dunia

Thursday, 7 July 2011

Syarat Mengikut Jenis Sekolah Dan Jurusan

Pelajar dari Sekolah Menengah Harian kerajaan.

Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.

Jurusan Kemanusiaan
Calon mesti memperolehi TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik . Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
Kumpulan Mata Pelajaran
I Bahasa Melayu
II Bahasa Inggeris
III Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris
IV Sejarah
V Geografi / Pendidikan Seni Visual
VI Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
VII Matematik / Matematik Tambahan
VIII Sains / Sains Tambahan / Applied Science
IX Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
X Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
XI Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Bahasa Cina / Bahasa Tamil
XII Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan

Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 9 hingga 12 unit bagi
TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat di atas, layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.

Syarat Kelayakan / Syarat Am

1.Memperoleh kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2009. 2.Umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2010.